Saturday, 14 November 2015

Jawatan Kosong di PTPTN ( Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ) - 2015

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang
bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang
layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN),
mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam
bidang-bidang yang berkaitan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak
lebih dari 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan bertaraf
kontrak seperti berikut :
Jawatan:
Penolong Pegawai Tadbir - Gred : N27
Klasifikasi:Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan 
Kumpulan Perkhidmatan :Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak


Gaji Minimum : RM 1,362.00
Gaji Maksimum : RM 5,092.00

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Gaji permulaan ialah Gred N27 : RM 1,362.00 ;
ATAU
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Gaji permulaan ialah Gred N27 : RM 1,362.00 ;
ATAU
(iii)Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada 
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Gaji permulaan ialah Gred N27 : RM1,661.95;
ATAU

(iv) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
 institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan ialah Gred N27 : RM1,737.15 ;
DAN
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada 
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(e)Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Sains Komputer, 
Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan 
daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


IMBUHAN / ELAUN :
Selain daripada gaji bulanan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap
Keraian dan Imbuhan Tetap Perumahan akan dibayar kepada calon yang layak.

Imbuhan Tetap Khidmat Awam - RM160.00
Imbuhan Tetap Perumahan  - RM300.00
Bantuan Sara Hidup - RM300.00

CARA MEMOHON
i. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web
PTPTN, www.ptptn.gov.my  sebelum atau pada 22 November 2015

ii.Calon yang memenuhi syarat kelayakan dan melepasi tapisan pemilihan
sahaja akan dipertimbangkan untuk sesi temuduga. 

Calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui emel bagi makluman tarikh
temuduga.
Untuk maklumat lanjut sila klik http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung (Info jawatan kosong di bahagian bawah)